Perhatikan buah jambu ini..Tumbuh bersama
di batang yang sama. Tapi proses matangnya berbeza. Jadi, jangan bandingkan nasibmu
dengan nasib orang lain kerana setiap orang memiliki nasib masing-masing.
Proses hidup kita berbeza, termasuk dalam
soal rezeki. Ada orang telah mendapat rezeki dan kemewahan sebaik dilahirkan, hidup
dari bayi hingga dewasa penuh kemewahan. Mewarisi harta yang banyak tanpa perlu
memikirkan cara untuk mendapatkannya. Apa yang difikirkan ialah bagaimana hendak
menggunakannya.
Jika rezeki itu diukur dari kerja keras,
maka orang yang mengangkat batu bata untuk membina bangunanlah yang akan cepat kaya.
Jika rezeki itu ditentukan dari waktu kerja, maka warung kopi 24 jam yang akan
lebih mendapatkanya, bahkan mungkin mampu mengalahkah jenama kopi terkenal.
Jika rezeki itu milik orang pintar, maka
dekan dan professor yang akan lebih kaya. Jika rezeki itu kerana pangkat, maka
presiden dan rajalah orang yang akan menduduki 100 orang terkaya di dunia.
Begitu juga dalam kehidupan ini tidak semua
sama biarpun adik beradik. Tidak sama nasibnya. Ada yang menjadi baik dan ada
sebaliknya. Sebab itu ada pepatah, dalam setandan pisang kata orang tak
semuanya elok dan tak semuanya busuk.
Kita tak sama. Anak kembar seiras biarpun
nampak sama, hakikatnya tetap tidak sama. Allah menjadikan kita berbeza-beza
agar dapat saling tolong menolong. Saling melengkapkan antara satu sama lain. Jadi,
perbezaan bukan alasan untuk tidak bersama.
Kita boleh berusaha bersama-sama. Duduk
sama-sama, berdiri sama-sama. Saling membantu dan menyokong. Bila ada yang
lambat, boleh bagi semangat agar laju-laju sikit. Kalau ada tercepat dan nampak
buat salah, boleh tegur-tegur dan nasihat.
Dalam pada itu, kita jangan
membanding-bandingkan dengan yang lain semata-mata untuk menunjukkan bahawa
kita ini baik atau tidak bernasib. Apa yang penting, jadikan perbezaan itu sebagai
sempadan dan tauladan.
No comments:
Post a Comment