Sunday 31 July 2022

POKOK LANTANA BUNGA TAHI AYAM

 
Pokok bunga tahi ayam juga dikenali sebagai bunga pagar. Nama saintifiknya Lantana camara. Sebab itu ia juga dikenali bunga lantana. 

Pokok lantana dianggap sebagai tumbuhan hiasan. Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu.

Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan. Bunga ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan.

Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

Pokok bunga tahi ayam telah menjadi tumbuhan laman yang popular kerana ketahanannya. Ia tidak terjejas oleh serangga perosak dan penyakit, tidak memerlukan banyak air, dan tahan suhu melampau. Ia merupakan spesies kegemaran rama-rama.

No comments:

Post a Comment