Kekayaan harta benda yang digunakan seperti
dianjurkan agama dengan mengeluarkan zakat, sedekah, jihad ke jalan Allah, dan
memakmurkan alam ini menjadi sebahagian bekalan di akhirat
Sesiapa
berusaha mencari kekayaan dan kesenangan hidup di dunia kerana mematuhi
tuntutan agama dan melakukan apa yang disyariat, dialah orang yang beroleh
kejayaan di dunia dan akhirat. Allah memerintahkan manusia mencari kebahagiaan
hidup di akhirat, tetapi tidak melupakan untuk mencari kesenangan hidup di
dunia.
Firman
Allah dalam surah al-Qashash ayat 77 bermaksud: “Dan carilah kebahagiaan di
akhirat yang telah Allah janjikan kepada kamu. Tetapi, janganlah pula kamu lupa
akan habuan kamu di dunia.”
Pengurusan
sumber ekonomi dalam Islam lebih mementingkan kepentingan manusia sejagat.
Tidak ada orang dapat melakukan sesuka hati semata-mata merebut harta kekayaan.
Islam menegah semua bentuk ketidakadilan ekonomi turut melibatkan ketidakadilan
sosial.
Konflik
ekonomi tercetus apabila masyarakat Barat mentakrifnya sebagai sains sosial
yang mengkaji usaha-usaha manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad
untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas. Kehendak yang
tidak terbatas melibatkan sifat tamak, tidak bersyukur dan cintakan dunia.
Masyarakat
Barat mengagung-agungkan fahaman kapitalis yang menjadikan usaha memiliki
kekayaan sebagai matlamat hidup. Dalam kapitalisme tidak mengambil kisah soal
ketuhanan atau peraturan agama dalam urusan ekonomi.
Golongan
kapitalis menggunakan asas undang-undang dalam menentukan hala tuju pengurusan
ekonomi, yang mana undang-undang itu sendiri telah ditentukan oleh mereka.
Undang-undang
boleh diubah-ubah mengikut apa yang diingini oleh pihak yang berkuasa
menentukan di parlimen atau badan yang meluluskan undang-undang.
Kapitalis
berpegang kepada falsafah bahawa harta menjadi milik mutlak pemiliknya. Sebab
itu pemiliknya mempunyai kebebasan untuk menggunakan, asalkan tidak menyalahi
undang-undang. Bahkan, terkadang-kadang undang-undang tidak lagi bermakna bagi
kapitalis asalkan matlamat mendapat harta tercapai.
Ini
sama sekali bertentangan dengan konsep harta dalam Islam yang mana hanya satu
pinjaman. Manusia sebagai pengurus harta
mesti mendapatkan dan menggunakan mengikut batasan syariat.
Firman
Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak
kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian,
maka mereka sebenarnya orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9).
Sesiapa
menjadikan kesenangan hidup di dunia sebagai matlamat utama, maka dia akan
beroleh kesesatan. Mereka tertipu dengan keindahan dunia dan melupai janji
Allah untuk kehidupan akhirat.
No comments:
Post a Comment