Mereka tertipu dengan keindahan dunia dan melupai janji
Allah untuk kehidupan akhirat. Sesiapa berjaya menahan dirinya daripada
melakukan perbuatan dusta berkaitan kekayaan, maka dia beroleh rahmat daripada
Allah.
Firman
Allah dalam surah al-Ankabut ayat 64 bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan
di dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan
akhirat), tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya
akhirat itu ialah kehidupan sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui
hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat.”
Dalam
masyarakat Barat percaya kepada kebebasan mekanisma ekonomi. Sistem ekonomi
kapitalis memberi hak kepada sesiapa sahaja mengaut keuntungan, termasuk
melakukan penindasan sesama manusia.
Doktrin
ekonomi kapitalis menjadikan nafsu sebagai raja. Sebab itu, apa sahaja diingini
dilakukan walaupun bertentangan dengan norma kemanusiaan.
Perniagaan judi,
arak, hiburan keterlaluan, urusan berbentuk spekulasi dan monopoli menjadi
urusniaga mengaut keuntungan besar. Sedangkan masyarakat menanggung kerugian
akibatnya.
Kapitalis
tidak melarang monopoli disebabkan ia adalah cara membolehkan pemodal mendapat
keuntungan besar. Akan tetapi, Islam mengharamkan tindakan monopoli kerana
melanggar konsep menjaga kepentingan umum. Islam menganjurkan agar kerjasama
dilakukan dalam urusan perniagaan.
Konsep
monopoli ialah perbuatan yang dilakukan bagi menghalang pihak lain menyertai
sama atau terpaksa menarik diri kerana tidak dapat bertahan. Hal ini diadakan
secara memberi tekanan harga, kawalan hak, menutup peluang dan mewujudkan
persekitaran yang mana pihak lain tidak mampu menggugat mereka.
Kapitalis
amat percaya kepada konsep kecerdikan, peluang dan kesungguhan untuk memperoleh
apa yang diimpikan. Sesiapa yang mempunyai kualiti dan kuantiti, dia mendapat
kejayaan cemerlang.
Konsep ini tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Tetapi,
persoalan yang timbul ialah apabila amalan tersebut dilakukan secara
bertentangan dengan kehendak agama seperti melibatkan penipuan, kekerasan,
merampas hak, tamak dan angkuh apa yang dimiliki.
Kesan
ini memang turut menular dalam masyarakat Islam. Semangat mementingkan diri
sendiri, keinginan hidup mewah, ingin terus berkuasa, dan megah dengan apa yang
dimiliki semakin mewarnai kehidupan orang Islam yang semakin jauh dari
nilai-nilai yang dianjurkan oleh agama.
Etika
pemilikan harta kapitalis tidak membenarkan sesiapa masuk campur dalam
pengurusan harta mana-mana pihak. Mereka bebas untuk membelanjakan atau
membekukan harta mereka. Harta yang
dimiliki di tangan kapitalis adalah hak mutlak mereka.
Hal
ini bertentangan dengan pengurusan harta dalam Islam yang mana harta yang
dimiliki turut menjadi hak orang lain yang lahir daripada ibadat zakat dan
sedekah. Dengan kata lain harta yang kita miliki, sebahagiannya adalah milik
pihak lain yang turut mempunyai hak ke atasnya.
Firman
Allah bermaksud: “Dan pada harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan
menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada meminta).” (Surah adz-Dzariyat, ayat 19).
Kerajaan
Islam berhak memaksa pemilik mengeluarkan zakat mengikut jumlah yang
sepatutnya. Dalam sejarah Islam, Saidina
Abu Bakar pernah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat. Peperangan
itu disebut Harb al-Riddah (Perang Kemurtadan).
Golongan
kapitalis hanya mengeluarkan harta mereka jika dirasakan ada kebaikan yang
membolehkan mereka terus berkuasa. Setiap wang yang dibelanjakan diharapkan
agar dapat memberi pulangan keuntungan.
Sebab
itu, jika mereka menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, maka difikirkan
apakah keuntungan diperoleh sama ada dalam bentuk kebendaan, pengiktirafan atau
kebanggaan diri.
Orang
beriman membelanjakan hartanya semata-mata memenuhi kehendak agama.
Mengeluarkan zakat adalah wajib bagi harta yang cukup haul dan nisabnya. Manakala
sedekah adalah amalan yang amat dituntut dilakukan bagi sesiapa yang mampu.
No comments:
Post a Comment