Wednesday 8 September 2021

LAPACHO SUMBER ANTIOKSIDAN CEGAH PENYAKIT

 
Radikal bebas adalah molekul yang mengandung elektron yang tidak berpasangan. Molekul ini dapat menyumbang atau menerima elektron dari molekul lain. Hal ini membuat radikal bebas bersifat tidak stabil dan sangat reaktif.

Radikal bebas mampu menyerang berbagai molekul dalam tubuh sehingga menyebabkan kerosakan sel, protein, dan DNA, serta gangguan keseimbangan dalam tubuh.

Tubuh terdedah radikal bebas dari alam sekitar seperti radiasi, ozon, asap rokok, asap kendaraan, pencemaran udara, bahan kimia industri, makanan dan minuman.

Bahkan, aktiviti badan sendiri menghasilkan radikal bebas dari proses metabolisme penting dalam tubuh, dari berbagai tindak balas kimia yang terjadi di dalam tubuh. Seperti ketika tubuh mencerna makanan, bernafas, melakukan aktiviti berat dan sebagainya.

Radikal bebas yang hanya mempunyai satu elektron akan menarik elektron dari molekul dalam tubuh, sehingga molekul tersebut berubah menjadi radikal bebas juga. Hal ini membuat radikal bebas bertambah banyak dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan sel.

Terlalu banyak radikal bebas dalam tubuh dapat membuat tubuh mengalami stres oksidatif. Stres oksidatif merupakan keadaan di mana jumlah radikal bebas dalam tubuh lebih banyak daripada pertahanan antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

Untuk mengatasi akibat buruk serangan radikal bebas, salah satu ialah dengan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan. Antara sumber semula jadi yang kaya antioksidan ialah pokok lapacho. 

Pokok lapacho berasal dari tanah pegunungan dan hutan hujan Paraguay, Argentina dan Brazil. Pokok ini mempunyai unsur-unsur untuk merawat pelbagai jenis barah serta masalah kesihatan yang lain.

Bahagian pokok lapacho didapati mengandungi nilai perubatan yang tinggi ialah kulit pokok, khususnya bahagian dalamnya yang dipanggil 'floem'.

Lapacho digunakan sebagai antibiotik semula jadi untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh, daya mencegah penyakit, membunuh kuman, mengurangkan kesakitan, menambah pengeluaran air kencing dan juga sebagai penawar untuk racun.

Lapacho salah satu herba yang kuat dipenuhi banyak agen penyembuhan dan ciri-ciri antikulat. Bahan aktif utama yang terdapat dalam lapacho sangat berkesan dalam rawatan kanser dan jangkitan. 

Khasiat lapacho:
- Membantu menguatkan sistem imun badan
- Sifat antioksidan yang kuat.
Antivirus.
- Antibakteria.
Mengatasi demam
- Mencegah selesema.
- Antikanser.
- Merawat gout
- Mencegah kerosakan sel
- Mempercepatkan pemulihan kesakitan 
- Mengelak masalah penglihatan
- Membantu mengatasi masalah jantung
- Meningkatkan daya pencegahan penyakit 
- Melancarkan pembuangan air kencing
- Mengurangkan kesan racun 
- Meredakan resdung 
- Mengurangkan rasa gatal bahagian muka
- Mengurangkan alahan makanan laut
- Mengurangkan kesan radikal bebas 

Lapacho bukan ubat. Ia pemakanan tambahan yang memberi kesan berbeza-beza mengikut individu. Perlu penggunaan berterusan untuk kesan maksimun. Ia memberi kebaikan dalam pelbagai aspek berkaitan kesihatan yang sebenarnya amat diperlukan semua peringkat umur dan keadaan kesihatan. Ia memberi kesan pencegahan dan penyembuhan. Mencegah lebih baik daripada berubat.

Dapatkan lapacho secara dalam talian. 
Mudah, cepat murah. 
Klik patutan di bawah.

No comments:

Post a Comment