
Spirulina dihasilkan dari kelompok algae biru hijau yang membiak secara semula jadi di dalam tasik tropikal yang bersih. Tasik yang penuh dengan algae ini biasanya juga mempunyai warna biru hijau pekat.
Penggunaan
spirulina terawal yang dikenal pasti bermula pada kurun ke 16 di mana ia digunakan sebagai makanan harian oleh kaum Aztec di Amerika Selatan (kini
Mexico).
Apabila
para saintis Barat menemui semula spirulina di sekitar tahun 1960-an, ia mula
dikaji secara terperinci di mana khasiat dan kebaikan spirulina terhadap
kesihatan tubuh manusia dikenal pasti.
Spirulina
yang telah dikeringkan mengandungi 60 hingga 70 peratus zat protein. Selain
itu, ia juga merupakan sumber amino asid yang lengkap. Lain-lain zat yang
terkandung dalam spirulina adalah kalsium, zat besi, magnesium, vitamin A, E
dan K. Terbukti bahawa spirulina berkesan dalam membekalkan zat tambahan.
Spirulina
adalah makanan tambahan yang sesuai untuk melawan kekurangan zat besi dalam
diet harian mereka.
Sebagai
salah satu makanan berkhasiat hebat yang terbukti berkesan, spirulina
memberikan sangat banyak faedah dan manfaat untuk kesihatan kita.
Berikut
adalah antara kebaikan spirulina:
-
Memberi tenaga lebih – Spirulina meningkatkan kadar metabolisma badan. Ini akan menyebabkan badan membakar bahan makanan dengan lebih
cepat.
-
Mengurangkan keletihan – Kadar metabolisma yang lebih tinggi juga akan
menyebabkan badan terasa lebih aktif dan kurang rasa kelesuan.
-
Mengurangkan berat badan – Dengan kadar zat yang sangat tinggi berbanding
jumlah kalori, ia dapat membantu mengurangkan jumlah makanan sambil
mengekalkan jumlah zat.
-
Menguatkan sistem imunisasi badan – Oleh kerana spirulina membantu
penjanaan semula sel badan, ia berkesan dalam mempercepatkan penyembuhan luka
dan mencegah jangkitan kuman.
-
Membantu penghadaman makanan – Senang dihadam kerana sel spirulina tidak
mempunyai lapisan luaran yang tebal. Di samping itu, ia membantu untuk
mengekalkan kandungan bakteria sihat yang hidup dalam usus.
-
Menyokong fungsi jantung, limpa dan buah pinggang.
-
Menapis toksin dalam badan – Ia mempunyai kandungan klorofil yang tinggi.
Klorofil merupakan satu agen nyah toksin yang sangat berkesan.
-
Antioksidan – Di dalam proses badan kita menukarkan makanan menjadi
tenaga, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang dipanggil radikal bebas.
Dalam jumlah yang banyak, radikal bebas boleh menyebabkan keradangan kepada
bahagian dalam tubuh kita. Antioksidan dapat melawan agen radikal bebas dan
mencegah keradangan.
-
Mengawal keseimbangan kadar pH dalam badan.
-
Membantu kesihatan mata – Ia mengandungi 10 kali ganda vitamin A per gram
berbanding lobak.
Kebaikan khasiat spirulina:
- Memberi tenaga lebih.
- Mengurangkan keletihan.
- Mengurangkan berat badan.
- Menguatkan sistem imunisasi badan.
- Membantu penghadaman makanan.
- Menyokong fungsi jantung, limpa dan buah pinggang.
- Menapis toksin dalam badan.
- Antioksidan.
- Mengawal keseimbangan kadar pH dalam badan
- Membantu kesihatan mata.
- Amat senang dicerna dan diserap.
- Sumber protein yang tinggi dan lengkap.
- Bersifat alkali.
- Nutrien berkepekatan tinggi.
- Kaya dengan kepelbagaian nutrisi.
- Mengurangkan keletihan.
- Mengurangkan berat badan.
- Menguatkan sistem imunisasi badan.
- Membantu penghadaman makanan.
- Menyokong fungsi jantung, limpa dan buah pinggang.
- Menapis toksin dalam badan.
- Antioksidan.
- Mengawal keseimbangan kadar pH dalam badan
- Membantu kesihatan mata.
- Amat senang dicerna dan diserap.
- Sumber protein yang tinggi dan lengkap.
- Bersifat alkali.
- Nutrien berkepekatan tinggi.
- Kaya dengan kepelbagaian nutrisi.
Dapatkan spirulina secara dalam talian.
Mudah cepat murah.
Klik pautan di bawah.
No comments:
Post a Comment