Thursday, 12 June 2025

KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KERETA API KARGO

 
Perkhidmatan kereta api digambar untuk mengangkut manusia. Sedangkan di sebalik itu, kereta api juga banyak digunakan untuk mengangkut kargo atau barang. Bahkan, sejarah awal pembinaan landasan kereta api diseluruh dunia dibina untuk mengangkut barang.
 
Di Amerika Syarikat, kereta api kargo adalah perkhidmatan penting untuk mengangkut barang merentas kawasan jauh dengan cekap, murah dan cepat.
 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai bahagian yang khusus menyediakan perkhidmatan kargo yang dikenali KTM Kargo.
 
KTM Kargo menyediakan perkhidmatan kargo yang selamat dan boleh dipercayai, dengan rangkaian yang sangat mudah diakses dari pelabuhan laut dan Depo Kontena Dalam (ICD) serta kawasan bandar dan luar bandar.
 
Barang dipindahkan menggunakan kontena mudah dan selamat dilakukan menggunakan kereta api kerana ia diambil dari penghantar, boleh dikeluarkan daripada kereta api dan dihantar terus ke premis pelanggan, dengan itu memenuhi konsep penghantaran dari pintu ke pintu.
 
Khidmat kereta api kargo semakin penting selari dengan aktiviti eksport dan import melalui pelabuhan. Bahkan, pergerak dari pelabuhan ke pelabuhan menggunakan kereta api kargo juga mudah dilakukan untuk menjimatkan masa perjalanan.  
 
Ini selari dengan aktiviti perkapalan atau pelabuhan di Malaysia yang semakin meningkat ketara sekarang ini. Contohnya, Pelabuhan Kelang kini antara 11 pelabuhan kontena tersibuk dunia, dengan lebih 14 juta TEUs dikendalikan pada 2023, sebahagian besarnya dihantar ke pelabuhan lain dalam dan luar negara.
 
Kerajaan bercadang mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo yang menghubungkan terus Kuala Lumpur ke Bangkok di Thailand bagi meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara sekali gus mengintegrasikan ekonomi ASEAN.
 
Begitu juga, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL - East Coast Rail Link) apabila beroperasi nanti akan menumpukan kepada segmen kargo dengan kadar 70 peratus dan hanya 30 peratus penumpang. Segmen kargo dijangkakan menjadi pendapatan utama ECRL.
  

No comments:

Post a Comment