Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali beroperasi sepenuhnya
bermula pukul 10 pagi, 1 Julai 2025.
Aerotrain adalah sistem pengangkutan dalaman utama KLIA beroperasi pada 1998, namun digantung perkhidmatan pada Mac 2023 kerana
mengalami kerosakan.
Setiap tren terdiri daripada tiga koc dengan satu koc mampu
memuatkan 90 orang penumpang, menjadikan kapasiti keseluruhan bagi setiap
perjalanan mencecah 270 orang.
Terdapat tiga set tren keseluruhan dengan dua koc akan beroperasi secara bergilir sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment