Thursday, 3 July 2025

ROTI TEMPAYAN DALAM KAMPUNG

Roti tempayan atau dalam dialek Kelantan disebaut roti paye memang banyak peminatnya. Asal sedap dan kena pada cita rasa, peminatnya sanggup mencari di mana sahaja. Tambahan sekarang ini bukan susah hendak mencari lokasi atau tempat. Ada kemudahan peta lokasi dan tunjuk arah.
 
Sebab itu, Nick Café tidak kisah beroperasi sedikit tersorok dari laluan utama. Kedai yang menawarkan roti tempayan dan capati ini beroperasi di Lorong Meranti, Jalan Pengkalan Chepa memang banyak dikunjungi peminat roti tempayan.
 
Sesiapa yang ingin menikmati roti tempayan boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui lokasinya.
https://www.google.com/maps/place/6%C2%B008'01.8%22N+102%C2%B015'46.2%22E/@6.133845,102.2602643,17z/data=!3m1!4b1!4m4!3m3!8m2!3d6.133845!4d102.2628392?hl=en&entry=ttu&g_ep=EgoyMDI1MDYzMC4wIKXMDSoASAFQAw%3D%3D


No comments:

Post a Comment