Friday, 1 August 2025

HARAM BACA QUNUT NAZILAH JATUHKAN SESAMA ISLAM

 
Qunut Nazilah adalah doa khusus yang dibaca dalam solat fardu, terutamanya pada rakaat terakhir selepas rukuk, ketika umat Islam ditimpa musibah atau bencana. Ia bertujuan untuk memohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT dari musibah tersebut. 

Maksud perkataan "qunut" ialah doa, ketaatan, dan ketundukan kepada Allah SWT. Manakala perkataan "nazilah" pula bermaksud musibah, bencana, atau peristiwa yang berat yang menimpa umat Islam.

Jadi, Qunut Nazilah adalah doa yang dibaca dalam solat untuk memohon pertolongan Allah SWT ketika menghadapi musibah atau bencana yang melanda. 

Bacaan Qunut Nazilah pernah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mana berlakunya suatu pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat seramai 70 orang penghafal al-Quran dari golongan Ansar dalam usaha berdakwah ke Bir Maunah.

Allah SWT menjanjikan tidak ada hijab antara-Nya dengan doa orang yang dizalimi, sebab itu umat Islam diingatkan supaya gerun dan takut kepada doa golongan yang dizalimi.

Lafar Qunut Nazilah hendaklah disesuaikan dengan situasi yang dihadapi.

Haram membaca Qunut Nazilah untuk perbalahan sesama Islam, Haram melaknat dan mendoakan kehancuran sesama Islam.

Gambar sekadar hiasan dan tidak membawa apa-apa maksud berkaitan rencana ini.

No comments:

Post a Comment