Sunday, 1 June 2025

PULAU GILI NOKO

 
Pulau Gili Noko adalah sebuah pulau yang terletak tidak jauh dari Pulau Bawean. Ia berada di sebelah timur Pulau Bawean Pulau ini terkenal dengan pantai cantik dan bersih.
 
Pulau Gili Noko dikenali kerana persekitaran yang bersih dan kehidupan laut yang menarik.
 
Pulau Gili Noko terletak di utara Pulau Noko. Pulau Gili Noko berukuran lebih besar berbanding Pulau Noko. Di Pulau Gili Noko ada penghuni, sedangkan di Pulau Noko tidak ada penghuni.
 
Pelawat boleh menikmati snorkeling di antara terumbu karang yang sihat dan ikan-ikan yang mesra.
 
Untuk ke Pulau Gini Noko, pengunjung perlu ke Pulau Bawean terlebih dahulu. Dari Pulau Bawean, pengunjung akan menaiki bot di 
Jeti Pantai Mombhul.

Pulau Bawean terletak di Laut Jawa, Indonesia. Jaraknya dari Surabaya sekitar 140 kilometer yang mengambil masa perjalanan laut kira-kira empat jam menggunakan feri laju dari Jeti, Gresik, Surabaya..
 
Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan kapal terbang melalui Lapangan Terbang Harun Thohir yang juga dikenali dengan nama Lapangan Terbang Bawean menggunakan Pesawat Susi Air dari Lapangan Terbang Juanda, Surabaya.

Gambar atas - Jeti Pantai Gili Noko

Baca juga:

 Jeti Pantai Mombhul.


No comments:

Post a Comment