Sunday, 1 June 2025

PULAU NOKO DI TENGAH LAUT JAWA

 
Pulau Noko adalah sebuah pulau yang terletak tidak jauh dari Pulau Bawean. Ia berada di sebelah timur Pulau Bawean. Pulau ini terkenal dengan pantai cantik dan bersih. 

Pulau Noko dikenali kerana persekitaran yang bersih dan kehidupan laut yang menarik. Kawasan pulau dipenuni dengan pokok ru yang ditanam secara berbaris. Pemandangan sangat menarik. 

Pulau Noko berkeluasan sekitar dua hekta sahaja. Pulau ini tidak ada penghuni atau penduduk. Ada peniaga yang membuka kafe di pulau tersebut berulang-alik dari Pulau Bawean yang terletak tidak jauh dari situ. .
 
Pelawat boleh menikmati snorkeling di antara terumbu karang yang sihat dan ikan-ikan yang mesra.
 
Pengunjung ke Pulau Noko biasanya akan transit dan menginap di Pulau Bawean, sebelum mendapatkan bot untuk ke pulau tersebut. Pengunjung biasanya menaiki bot di Jeti Pantai Mombhul.
 
Pulau Bawean terletak di Laut Jawa, Indonesia. Jaraknya dari Surabaya sekitar 140 kilometer yang mengambil masa perjalanan laut kira-kira empat jam menggunakan feri laju dari Jeti, Gresik, Surabaya..
 
Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan kapal terbang melalui Lapangan Terbang Harun Thohir yang juga dikenali dengan nama Lapangan Terbang Bawean.

Baca juga:

 Jeti Pantai Mombhul



No comments:

Post a Comment