Semua
sumber ekonomi bukan menjadi hak mutlak manusia, sebaliknya sekadar dipanjamkan
kepada manusia untuk diuruskan. Sebab itu pengurusan sumber ekonomi perlu
mematuhi peraturan yang ditetapkan pemiliknya, yakni Allah yang menguasai
seluruh alam ini. Hal ini mudah difahami kerana manusia sendiri adalah
hamba-Nya.
Sebagai
pengurus sumber, manusia dipertanggungjawbkan mengurus, mengguna dan
memanfatkan sumber ekonomi untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan pihak lain
yang berhak mendapatnya. Kekayaan yang dimiliki bukan menjadi hak
mutlaknya.
Sistem
pengekonomian Islam mengutamakan kesejahteraan hidup dan menolak sebarang
ketidakadilan yang wujud disebabkan kerakusan mengejar kekayaan. Banyak
individu dicela disebabkan kekayaan yang dimiliki. Peristiwa Qarun dibenamkan
ke dalam bumi bersama-sama kekayaannya memberi peringatan agar manusia tidak
bongkak dan terlalu mencintai kekayaan.
Segala
kekayaan dan perolehan yang diperoleh melalui usaha dilakukan di dunia ini
hanya sebagai pinjaman. Tidak ada orang yang dapat membawa apa yang dimiliki di
dunia ini ke alam akhirat. Sebaliknya, manusia menuju ke alam akhirat sekadar
berbekalkan amalan yang dilakukan dalam bentuk pahala dan dosa.
Sebab
itu tidak berbaloi bagi seorang beriman melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan syariat dalam pengurusan harta semata-mata kerana sayang atau cintakan
kekayaan. Kekayaan perlu dicari dan digunakan sebagai memegang amanah Allah
agar manusia memakmurkan muka bumi.
Sesiapa
berusaha mencari kekayaan dan kesenangan hidup di dunia kerana mematuhi
tuntutan agama dan melakukan apa yang disyariat, dialah orang yang beroleh
kejayaan di dunia dan akhirat. Allah memerintahkan manusia mencari kebahagiaan
hidup di akhirat, tetapi tidak melupakan untuk mencari kesenangan hidup di
dunia.
Firman
Allah dalam surah al-Qashash ayat 77 bermaksud: “Dan carilah kebahagiaan di
akhirat yang telah Allah janjikan kepada kamu. Tetapi, janganlah pula kamu lupa
akan habuan kamu di dunia.”
Orang
beriman membelanjakan hartanya semata-mata memenuhi kehendak agama.
Mengeluarkan zakat adalah wajib bagi harta yang cukup haul dan nisabnya. Manakala
sedekah adalah amalan yang amat dituntut dilakukan bagi sesiapa yang mampu.
No comments:
Post a Comment