Pokok
sambung nyawa didakwa mempunyai banyak khasiat. Bahagian yang dimanfaatkan ialah
bahagian daun. Sebab itu ialah dikenali daun sambung nyawa. Nama lain pokok
sambung nyawa ialah akar sembiak atau nama saintifiknya Gynura Procumbens.
Pokok
ini dibiak dengan keratan batang. Ia mudah tumbuh di kawasan yang redup dan
mempunyai kelembapan sederhana. Jadi, elok ditanam di kawasan rumah sebagai
sebahagian pokok hiasan.
Antara
kebaikan daun sambung nyawa ialah:
Membantu
melawan kanser. Tanaman ini sudah sejak lama digunakan dalam perubatan tradisional
untuk melawan kanser darah, kanser rahim dan kanser payudara. Ekstrak dari daun
sambung nyawa menunjukkan kesan yang dapat mencegah pertumbuhan dan pembiakan sel
kanser, serta dapat membunuh sel tersebut. Dengan begitu, penyebaran kanser ke
organ lain dapat dicegah.
Mengatasi
diabetes dan kemandulan. Beberapa penelitian melaporkan bahawa ekstrak daun
sambung nyawa dapat menurunkan kadar gula dalam darah.Selain itu, daun ini juga
dilaporkan dapat mengatasi masalah kemandulan akibat diabetes dengan cara
meningkatkan jumlah, pergerakan, dan kualiti sperma, serta mengurangi kadar sperma
yang mati.
Mengatasi
gangguan pencernaan. Luka pada usus yang boleh menyebabkan perdarahan pada
saluran cerna juga diyakini dapat diredakan dengan ekstrak daun sambung nyawa.
Selain itu, ekstrak daun ini terlihat dapat mencegah terbentuknya kerak dalam
usus.
Mengatasi
hipertensi dan melindungi jantung. Beberapa penelitian melaporkan bahawa daun
sambung nyawa dapat mengatasi tekanan darah tinggi dengan cara mencegah penyepitan
salur darah. Kurangnya kesan darah tinggi dapat mengatasi masalah serangan
jantung.
Mencegah
penyakit ginjal. Hasil kajian melaporkan bahawa ekstrak daun sambung nyawa
dapat menghambat pembelahan sel dan sintesis DNA yang dapat menyebabkan
gangguan pada ginjal.
Di
samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi
ketidakseimbangan datang haid dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk
menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang. Ia juga
mengurangkan kadar kolestrol.
Biasanya
ia dimakan mentah sebagai ulam.
No comments:
Post a Comment