Sunday, 24 January 2021

ASKAR MELAYU BUKTI HEBAT DI NEW ZEALAND

Pada tahun 1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja. Setelah 6 bulan, satu pemilihan dibuat untuk memilih antara kadet yang terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand selama 18 bulan di Kem Waiouru, New Zealand.

Pada tahun 1996, bulan 6, saya sedang buat latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut bersalji dan suhu turun sehingga -30°C. 

Sejuknya teramat amat sehingga baju seluar dan tali kasut pun beku, ramai jurulatih dan kadet dari New Zealand sendiri kena ’frost bite’ dan tak sedar diri sebab ‘hypothermia’. 

Saya ni bertahan sekuatnya saja. Latihan kami terpaksa dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak Kem Waiouru. Terlalu sejuk!

Dalam masa yg sama, ada satu latihan tentera 5 negara sedang berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tak jauh dari kem kami. 

SUMAN itu ialah gabungan Singapore, United Kingdom, Malaysia, Australia, New Zealand. Tentera kita diwakili oleh 1 kompeni (100 orang) dari Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (4 RAMD).

Ketika suhu jatuh ke -30°C bawah paras beku, kami di Kem Waiouru mula dengar siren ambulan berulang alik keluar masuk dari hospital kem ke kawasan latihan. Ambulan-ambulan itu ulang alik sampai 2 hari! Jadi semua tertanya-tanya, apa dah jadi? 

Rupanya ramai tentera yang dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit. Kalau tak silap saya, berikut adalah jumlah yang jatuh sakit masuk hospital itu:
1. Askar New Zealand = 15-20 orang kena hypothermia
2. Askar British = 10-15 orang kena hypothermia
3. Askar Australia = 20-30 orang kena hypothermia
4. Askar Singapore = 50-60 orang kena hypothermia
5. Askar Malaysia = 1 orang sebab tergeliat kaki (???)

Pelik kan? Ya, tak ada askar kita masuk hospital sebab kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh Kem Waiouru itu, masing-masing nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jadi esoknya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise SUMAN Warrior itu.

Sampai saja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askar-askar itu berkhemah.
Kami lihat:
1. Askar New Zealand = 5-6 orang duduk luar khemah dan kelilingi api, yg lain lagi 100 orang sedang baring kesejukan dalam sleeping bag.
2. Askar British = Sama.
3. Askar Australia = Senyap sunyi. Tak nampak siapa pun di luar, semua dalam khemah masing-masing, dalam sleeping beg, kesejukan.
4. Askar Singapura = Sama macam askar Australia. Senyap sunyi. Semua kesejukan.
5. Askar Malaysia? = Ramai-ramai tengah main takraw, minum kopi panas, goreng cucur, main salji, tak ada seorang pun dalam khemah! Hehehe, sejuk sangat la tu sampai tak reti nak duduk diam!

Ya Allah, bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yang 1 orang masuk hospital sebab terkeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw. Hahaha. Saya bukan nak malukan negara lain, tapi itulah yang saya lihat depan mata saya.

Pengajaran = Harap anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat genetik yang mengatakan kita adalah satu bangsa yang amat tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup di mana pun di dunia!

Kita tidak lemah dan bodoh, tapi kita yang diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yang asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah Melayu!!!

Penulis:
Mejer Mohd Fitri (Bersara)
Bekas Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja

Gambar sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment