Dalam dialek Kelantan, serondeng dipanggil
sambal daging. Mengapa serondeng dipanggil sambal daging?
Dinamakan sambal daging kerana serondeng diambil
sejemput sahaja untuk dimakan dengan nasi untuk dijadikan perisa. Jumlah yang
dijemput itu samalah jika ketika makan dengan sambal lada.
Kerana diambil dalam kuantiti yang sedikit
itulah mengapa serondeng dipanggil sambal daging. Sambal tidak dimakan banyak.
Ia hanya dijadikan perisa atau penyedap rasa sahaja.
Serondeng diperbuat daripada daging lembu, ayam, ayam dan sebagainya. Bahan asas itu dimasak bersama santan dan rempah, dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering agar ia dapat disimpan lama. Serondeng yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.
Dapat disimpan lama adalah sebab mengapa serondeng mendapat permintaan tinggi. Ia menjadi 'bekal' yang boleh digunakan apabila diperlukan.
Selain dimakan bersama nasi sebagai 'perisa', serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik.
No comments:
Post a Comment