Friday, 7 October 2022

Bajet 2023 tambah baik Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

 
Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion ini menyaksikan peningkatan yang ketara berbanding Bajet 2022 iaitu sebanyak RM332 bilion.

Bajet ini menyediakan RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19. Sejumlah RM2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.

Bajet 2023 memperlihatkan komitmen Kerajaan menawarkan manfaat kepada Keluarga Malaysia.

Bajet ini juga menjadi manifestasi usaha kerajaan untuk kebangkitan negara, agar menjadi sebuah negara yang unggul setelah kita mengharungi pelbagai krisis dan cabaran sebelum ini.

Semoga usaha yang berterusan akan menjadikan negara kita lebih sejahtera, aman, makmur dan Keluarga Malaysia mendapat penghidupan yang lebih berkualiti untuk hari-hari yang mendatang.

Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian bantuan tunai langsung, pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) terus ditambah baik.

Untuk tahun hadapan, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung 5 orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak RM2,500.

Bagi isi rumah sehingga 4 orang anak, layak menerima BKM antara RM1,000 - RM2,000.

Isi rumah berpendapatan RM2,500 - RM5,000, BKM yang disediakan antara RM500 - RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.

Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan menjadikan mereka layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000.

No comments:

Post a Comment