Tuesday, 3 February 2026

TENGGILING SEMAKIN DIANCAM KEPUPUSAN

 
Tenggiling semakin diancam kepupusan disebabkan ancaman tempat tinggal semula jadi dan sikap manusia menjadikan sebagai makanan eskotik.   

Untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang ancaman kepupusan tenggiling, maka sejak tahun 2012, pada setiap hari Sabtu ketiga bulan Februari National Geography telah mengisytiharkan sebagai sambutan Hari Tenggiling Sedunia.
 
Sambutan Hari Tenggiling Sedunia ini adalah bertujuan untuk kempen kesedaran awam bagi pemuliharaan haiwan liar berkenaan.
 
Dalam usaha kempen kesedaran ini kombinasi seni, literasi, sains dan sosial didedahkan kepada masyarakat umum agar maklumat pemuliharaan tenggiling ini sampai kepada masyarakat seluruh dunia.
 
Tenggiling ini adalah antara haiwan yang banyak ditangkap dan diseludup dengan aktifnya kerana manusia suka memakan daging dan menggunakan sisiknya.
 
Selain untuk rawatan seperti yang dinyatakan, tenggiling juga dikaitkan dengan penyakit sendi dan asma atau lelah.
 
Permintaan tinggi terhadap daging haiwan eksotik terutama oleh pembeli di China, Vietnam dan Laos menyebabkan tenggiling semakin kerap diseludup ke negara berkenaan.
 
Sisik tenggiling mendapat permintaan tinggi kerana banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan harga sisik haiwan itu boleh mencecah sehingga RM12,800 untuk satu kilogram.
 
Walaupun sisik tenggiling mengandungi keratin, bahan yang sama pada kuku manusia dan tanduk badak, namun pakar perubatan tradisional Cina percaya keratin pada sisik tenggiling lebih mujarab untuk memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan keradangan. 
 
Bermula 2020, China mengeluarkan sisik tenggiling daripada daftar ramuan yang diluluskan untuk digunakan dalam perubatan tradisional Cina.
 
Ia dianggap sebagai satu langkah terdesak bagi melindungi haiwan itu yang merupakan antara haiwan paling kerap diseludup.
 
Tindakan China ini akan memberi impak yang besar. Ini adalah langkah yang sangat penting dan perlu diambil jika kita mahu memulihara haiwan ini.
 
Sebilangan besar permintaan untuk tenggiling adalah bagi kegunaan perubatan tradisional Cina. Itulah yang mendorong perdagangan haram skala besar.
 
Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, populasi tenggiling di China telah menurun lebih dari 90 peratus sejak tahun 1960.

No comments:

Post a Comment