Wednesday 6 July 2022

POKOK PUTAT

 
Pokok putat banyak tumbuh di negara kita. Pokok putat di negara kita sering dikaitkan dengan pucuk yang dijadikan ulam. Terdapat lebih daripada 40 spesis pokok putat, tetapi hanya 6 spesis popular iaitu putat laut, putat kampung, putat air, putat darat, putat ayam dan putat sungai. 

Putat kampung tumbuh di kawasan yang lembab atau tebing sungai. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 20-25 meter dengan dahan merimbun dan pokok menegak.

Daun putat berbentuk lonjong, panjang dan agak tebal di mana tepinya macam bergerigi kecil dan berwarna merah keunguan semasa muda bertukar kepada hijau kuat apabila matang.

Pucuk putat yang muda dan lembut inilah yang dipetik untuk dijadikan ulam yang mempunyai rasa masam, kelat dan lemak. Buahnya mempunyai banyak bentuk seperti bentuk bulat, bulat bujur atau bersegi lapan dan sebagainya yang berwarna hijau terang ketika muda.

Buah putat boleh dikopek atau dipotong sebelum dihiris sebagai ulam dengan mempunyai rasa kelat dan masam. Buah putat juga digunakan sebagai ubat untuk merawat masaalah gatal-gatal pada kulit.

Buah putat yang dilumatkan pula apabila ditampal pada muka mampu melicinkan kulit muka dan menjadi lembut.

Pucuk putat yang dipetik muda dan dimakan sebagai ulam dipercayai dapat mmelancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit. Daunya pula apabila direbus dan diminum dapat menyejukkan badan dan elakkan penyakit keputihan.


No comments:

Post a Comment