Terdapat tiga jenis negara di dunia ini. Pertama negara sekular, kedua negara menyatakan agama 'diutamakan' dan ketiga negara komunis yang tidak mengamalkan kepercayaan dalam sistem pemerintahan.
Perlu
diingatkan, lebih dari 15 buah negara di dunia menjunjung agama dalam
Perlembagaan Negara masing-masing, mengikut siapakah yang menjadi majoriti
(Kristian, Islam atau Buddha).
Antara
negara Kristian adalah Ireland (Perkara 6), Norway (Perkara 1), Denmark (Perkara
3), Sepanyol (Perkara 6), Argentina (Perkara 2), Bolivia (Perkara 3), Panama
(Perkara 36), dan Paraguay (Perkara 3).
Manakala,
negara Islam ialah Malaysia (Perkara 3), Afghanistan (Perkara 1), Iran (Perkara
1), Iraq (Perkara 13), Jordan (Perkara 2) dan Syria (Perkara 3) dan negara
Buddha ialah Thailand (Perkara 7).
Di
Malaysia, Perkara 3 menyatakan Islam agama Persekutuan dan agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai tanpa sekatan.
PERKARA
3. UGAMA BAGI PERSEKUTUAN.
(1)
Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
(2)
Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat
mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga,
tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak
kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah
tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh
Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai
Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3)
Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang
di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.(4)
Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain
dalam Perlembagaan ini.(5)
Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan;
dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat
peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam
dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong
mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.
Erti
kebebasan mengamalkan agama perlu dibaca bersama Perkara 11.
PERKARA
11. KEBEBASAN UGAMA.
(1)
Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk
kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.
(2)
Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari
cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi
maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(3)
Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak -
(a)
menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
(b)
menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat;
dan
(c)
memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
(4)
Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama
Islam.
(5)
Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan
undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.
Perkara
11(4) memperuntukkan untuk mencegah mana-mana pihak menyebarkan agama atau
fahaman mereka kepada orang Islam.
Sesuai
dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, maka dana kerajaan boleh
digunakan untuk pembangunan Islam seperti penubuhan berkaitan menjaga agama
Islam seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri, YADIM dan lain-lain.
Hal
ini dijelaskan dalam Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa orang Islam layak menggunakan wang dari Federal Consolidated Fund (Dana
Persekutuan Yang Disatukan) untuk tujuan-tujuan pembangunan Islam.
No comments:
Post a Comment