Tuesday 28 June 2022

MAKSUD ‘MEH’ DIALEK KELANTAN

 
Perkataan ‘meh’ (kata nama) bermaksud rupa atau iras dalam dialek Kelantan. Contoh ayat dialek Kelantan, “diyo ado meh mok diyo” dalam bahasa baku ialah Dia ada iras emaknya.

Perkataan ‘meh’ digunakan tunggal atau satu perkataan. Jika untuk menguatkan maksud atau satu penegasan, ia digunakan berganda iaitu ‘meh meh’.

Perkataan ‘semeh’ (kata adjektif) membawa maksud hampir sama atau serupa dengan seseorang, seiras, mirip.

No comments:

Post a Comment