Institusi
perkahwinan tidak sekadar melibatkan pasangan suami isteri. Sebaliknya, ia
turut melibatkan seluruh ahli keluarga dan memberi kesan kepada masyarakat
keseluruhannya. Maka itu, hal berkaitan masalah dalam keluarga tidak boleh
dipandang mudah.
Kesan masalah paling ketara tentu
ditanggung oleh pasangan suami isteri itu sendiri. Situsasi ini memberi kesan
kepada beberapa perkara.
Kesan emosi paling ketara
dirasai. Gangguan emosi memberi kesan tekanan yang amat buruk. Keadaan
kemurungan dan tekanan yang berterusan boleh menimbulkan masalah jiwa. Jika
tidak dikawal boleh menyebabkan gila atau kesan negatif lain.
Prestasi kerja menurun apabila
berdepan dengan masalah keluarga. Keadaan ini memberi kesan besar kepada
kerja. Ada pekerja diberhentikan kerja kerana prestasi teruk akibat
konflik keluarga dialami.
Konflik boleh menjelaskan kesihatan
pasangan terlibat. Dalam keadaan tertekan, satu kesan paling ketara ialah
masalah tekanan darah tinggi dan boleh melarat kepada masalah penyakit jantung.
Penyakit ini jika berterusan boleh membawa kepada maut.
Kesan kepada anak. Anak-anak biasa
menjadi mangsa apabila ibu bapa berdepan konflik rumah tangga. Jika ibu bapa
tidak bersefahaman, tentu sekali anak-anak juga menanggung akibatnya.
Anak kurang mendapat perhatian jika
ibu bapa asyik berkonflik. Mereka tidak dapat melakukan akvititi yang bisasanya
dilakukan bersama. Contohnya, ibu bapa berdepan konflik tentu tidak akan keluar
untuk bersiar-siar atau berkelah.
Ibu bapa yang berdepan konflik
turut memberi kesan emosi dan tekanan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak
merasakan tidak mendapat hak yang sepatutnya seperti kasih sayang dan
perhatian.
Pada masa sama mereka juga bimbing
jika konflik yang tidak dapat dikawal itu menyebabkan perceraian ibu bapa.
Dalam kes ibu bapa yang berdepan
konflik akan melepas perasaan terhadap anak-anak. Anak dimarah dan kadangkala
dipukul disebabkan satu kesalahan yang tidak sepatutnya mereka dihukum
sedemikian.
Kesan buruk terhadap hubungan
kekeluargaan. Perkara ini tidak boleh dipadang mudah. Maka itu, suami isteri
tidak boleh menganggap apa yang berlaku hanya melibatkan diri mereka
saja.
Apabila berlaku konflik suami
isteri, kerap turut melibatkan campur tangan keluarga. Keluarga tentu akan
memihak kepada anak masing-masing. Keadaan ini menjadi semakin parah apabila
berlaku saling menyalahkan. Ini menyebabkan hubungan dua keluarga menjadi
renggang.
Dendam keluarga akan membara jika
ada kes sebelum ini yang telah terpendam lama. Mereka mengambil kesempatan
untuk menyemarak kembali kes dahulu yang sebelum ini telah tertutup melalui
perkahwinan.
Putus hubungan atau kerjasama
antara keluarga sering berlaku berpunca konflik suami isteri. Kes putus
hubungan perniagaan, konflik di tempat keluarga dan hubungan dalam masyarakat
wujud disebabkan masalah dalaman ahli keluarga. Bayangkan apa yang berlaku itu
hasil daripada konflik suami isteri, itu belum lagi jika berlaku
perceraian.
Menyumbang masalah dalam
masyarakat. Konsep melahirkan masyarakat harmoni melalui keluarga bahagia
sering dijadikan sandaran. Maka, jika keadaan keluarga tidak bahagia, tentunya
kesannya turut melibatkan seluruh masyarakat.
Anak terabai akibat konflik ibu
bapa akan menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Kajian mendapati mat
rempit, kaki lepak dan pelbagai masalah sosial lain yang dilakukan oleh
anak-anak adalah berpunca keadaan keluarga yang tidak tenteram. Mereka cuba
mencari altenatif lain untuk melepaskan perasaaan atau melupakan masalah
keluarga.
Prestasi tempat kerja pasangan
bermasalah berdepan prestasi menurun. Ini memberi kesan buruk kepada majikan.
Bayangkan jika suami iateri bermasalah terbawa-bawa masalah keluarga ke tempat
kerja. Jangan terkejut jika prestasi pekerja setiasa turun naik, dan jika
diselidiki berpunca berlaku krisis dalam keluarga.
Mendatangkan
kesan buruk kepada negara. Bunyinya macam tidak lojik jika dikatakan kesan
konflik dalam keluarga boleh memberi kesan buruk kepada negara, termasuk dalam
soal keselamatan.
Fikirkan, dalam kes konflik rumahtangga yang berpunca masalah kewangan, ada
pegawai kerajaan atau petugas di agensi swasta sanggup melakukan rasuah semata-mata
untuk mendapat wang yang lebih semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga.
Kita tahu, masalah rasuah boleh merosakkan negara dan mengancam keselamatan
negara.
No comments:
Post a Comment