Thursday, 16 June 2022

KISAH ULAMA DENGAN SI MISKIN

 
Suatu hari, seorang ulama salaf melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. Ada seekor anjing duduk di hadapan lelaki itu. Setiap kali ia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, ia melemparkan juga sepotong makanan kepada haiwan tersebut. Ulama tadi berasa sangat takjub.

Ulama: Adakah anjing ini kepunyaan kamu?
Lelaki: Bukan.
Ulama: Lalu, mengapa engkau memberinya makananmu?
Lelaki: Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, sedangkan aku tidak memberinya makan."
Ulama: Kamu hamba atau merdeka?
Lelaki: Hamba milik seorang bani Asim.

Lalu ulama tersebut pergi menemui pemilik hamba tersebut. Dia membeli hamba itu berserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut.

Ulama: Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu.
Lelaki: Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini.

Ulama itu terkejut. Beliau tidak menyangka orang itu akan menyedekahkan kebun tersebut.

Ulama: Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"
Lelaki: Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, sedangkan aku kedekut kepada-Nya.

Pengajaran:
Ada kalanya orang yang paling pemurah ialah orang yang paling memerlukan. Mereka lebih tahu betapa sukarnya menjadi orang miskin. Oleh itu, mereka selalu membantu orang lain supaya bebas daripada belenggu kemiskinan.

No comments:

Post a Comment