Japanese rose atau ros jepun antara jenis
pokok bunga hiasan yang menjadi pilihan peminat bunga. Pokok ros jepun tidak
sukar untuk ditanam. Boleh ditanam terus di atas tanah mahupun di dalam pasu
atau bekas.
Hanya satu perkara yang perlu diberi
perhatian jika menanam pokok ros jepun ialah ia perlukan cahaya matahari yang
cukup bagi memastikan pokok akan berbunga dan kembang. Tidak sesuai ditanam di
tempat redup atau terlindung dari cahaya matahari.
Pokok bunga ros jepun juga dikenali dengan
nama kembang pukul 10 di kalangan orang Melayu dan kembang pukul 9 di kalangan
orang Cina. Tidak pasti mengapa ada perbezaan angka 9 dan 10 di kalangan dua
bangsa atau kaum ini.
Bagi peminat ros jepun boleh mengumpul banyak
jenis yang berlainan jenis pokok, bentuk bunga dan warna bunga. Dikatakan
terdapat tidak kurang 300 jenis ros jepun yang terdapat di negara kita.
Jadi, boleh pilih jenis mana yang disukai
untuk menghiasi laman rumah. Mudah dibiakkan melalui keratan batang.
No comments:
Post a Comment