Monday 10 January 2022

MANFAAT MINYAK SACHA INCHI

 
Minyak sacha inchi diperoleh dari kacang buah sacha inchi. Minyak sacha inchi telah diketegorikan sebagai makan berkhasiat (superfood) kerana mempunyai khasiat hebat yang memberi kebaikan besar kepada kesihatan. 

Sacha inchi merupakan salah satu sumber protein yang paling istimewa kerana ia diperoleh daripada tumbuhan semula jadi. Kebanyakan sumber protein adalah daripada sumber haiwan darat dan juga lautan.

Protein daripada pokok sacha inchi adalah protein yang lengkap iaitu mengandungi keseluruhan asid amino, serat serta rendah lemak dan paling istimewa mengandungi omega 3, omega 6 dan omega 9 yang sangat jarang ditemui di dalam sumber protein yang lain. Sebab itu, sacha inchi dianggap pokok yang sangat ajaib dan istimewa.

Masyarakat di Amerika Selatan telah menggunakan sacha inchi sebagai sumber protin utama sejak 3000 tahun yang lampau.

Sacha inchi adalah protein lengkap, yang mengandungi semua 8 asid amino penting yang badan kita tidak dapat proses.

Protein adalah komponen yang penting bagi setiap sel dalam badan. ia berfungsi sebagai pelindung kepada otot, tulang, rawan, sel kulit, dan sel darah.

Selain itu, ia berperanan dalam mewujudkan enzim, hormon, dan bahan kimia biologi yang lain yang diperlukan oleh badan.

Sacha inchi juga dianggap amat istimewa kerana 0% lemak trans.

Kebaikan mengamalkan pengambilan minyak sacha inchi:
- Mencegah dan melawan sel-sel kanser
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-.Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko stroke
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Mengatasi masalah pencernaan
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.


No comments:

Post a Comment