Kejadian
banjir besar yang melanda Bentong dan Karak, Pahang pada 18 Disember 2021 dikaitkan
dengan aktiviti pembalakan.
Namun,
semakan udara juga mendapati banyak kesan tanah runtuh di kawasan berbukit di
dalam Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik yang membawa sisa
sampah sarap terdiri daripada tanah-tanih, batu-batan dan pokok-pokok yang
hanyut masuk ke dalam Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul akibat
arus air yang sangat kuat menghentam di sepanjang laluan sungai tersebut.
Menurut
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), semakan di lapangan turut menemukan
pelbagai sisa batang pokok dan kayu terdiri daripada pelbagai spesies antaranya
pokok hutan, durian, getah dan kelapa sawit yang memberikan gambaran bahawa
arus air sungai yang deras turut membawa sampah sarap dari kawasan luar Hutan Simpan
Lentang.
Kejadian
kepala air di dua lokasi itu, menurut JPNP tiada kena mengena dengan aktiviti
pembalakan di tanah kerajaan Sungai Gapoi seperti dakwaan sesetengah pihak
kerana jaraknya adalah sejauh 16 kilometer (km) dari Jambatan Telemong dan 23
km dari jalan Bentong-Karak.
Apapun
puncanya, setiap bencana adalah ujian dari Allah agar manusia lebih
bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Ujian
bencana sepatutnya menjadikan kita lebih bersatu, dan bukannya saling menunding
jari menyalahkan pihak lain.
No comments:
Post a Comment