Pokok
mahkota dewa merupakan tumbuhan jenis herba yang semakin dikenali ramai di
Malaysia kerana khasiat perubatannya. Tumbuhan ini juga amat mudah ditanam di kawasan
laman rumah. Boleh juga ditanam di dalam pasu besar. Pokok mahkota dewa
dipercayai berasal dari Papua dan Irian Jaya.
Penanaman
pokok mahkota dewa menggunakan biji yang matang. Ia dikategori pokok renek yang
mudah dijaga. Pokok ini mempunyai dahan yang bercabang-cabang. Pokok ini kerap
berbuah. Memang cantik melihat buah yang telah matang berwarna merah.
Buah
mahkota dewa sudah terkenal dengan khasiat dalam mencegah dan membantu proses
penyembuhan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan
vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, penyakit hati, alergi, ginjal,
jantung, mengurangkan kolesterol, meningkatkan sistem ketahanan badan dan
tambah tenaga.
Selain
buah mahkota dewa, bahagian lain yang boleh dimanfaatkan ialah daun, akar dan batang.
Bahagian
bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran
kecil menyerupai bunga cengkih. Buahnya berbentuk bulat, permukaan licin
dan beralur. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6
minggu, kulitnya mula berubah kepada warna merah muda.
Kulit buahnya mula
berubah warna dari warna merah muda kepada merah meron pada
usianya 10-12 minggu selepas berputik. Isi buah mahkota dewa adalah berwarna
putih, berserat dan berair.
No comments:
Post a Comment