Monday 5 August 2024

POS KEMAR, GERIK PETEMPATAN ORANG ASLI

 
Pos Kemar adalah sebuah petempatan Orang Asli suku Temiar di Gerik, Perak. Terdapat dua pilihan cara untuk ke Pos Kemar, iaitu melalui jalan darat dan melalui pengangkutan air. Jalan darat adalah kira-kira 50 kilomter (km) melalui jalan tidak bertar atau laluan lori balak, manakala laluan air adalah melalui Tasik Temenggor.

Skim penempatan semula Pos Kemar terdiri daripada 15 kampung Orang Asli. Setiap kampung didiami antara 50 dan 200 orang setiap. Jumlah keseluruhan penduduk di Pos Kemar kira-kira 4,000.

Petempatan Pos Kemar jauh di pedalaman berhampiran dengan sempadan Perak-Kelantan. Di sebelah negeri Kelantan, penempatan Orang Asli yang hampir dengan Pos Kemar ialah Pos Simpor, Pos Belatim, Pos Bihari dan beberapa penempatan Orang Asli suku Temiar.

Hubungan Orang Asli di antara pos-pos tersebut boleh dikira rapat. Mereka ada hubungan persaudaraan. Mereka akan meredah hutan untuk mengunjungi antara satu sama lain. 



No comments:

Post a Comment