Thursday, 1 September 2022

CABARAN KETIKA KALAH DALAM PERJUANGAN

 
Hidup penuh cabaran dan pertandingan. Hanya orang yang tabah dan cekal akan menang dalam pertandingan atau berdepan dengan cabaran hebat. Dalam berjuang kadangkala kita tersilap langkah melalukan sesuatu yang tidak wajar.

Cabaran besar adalah "ketika kalah dalam perjuangan”. Ketika perebutan, kadang-kadang berlaku fitnah. Sikap bertanding secara sihat diketepikan apabila terdesak hendak menang.

Lebih parah lagi, setelah kalah masih tidak mahu menerima hakikat kekalahan. Fitnah dan dendam terus membarah. Merebak sehingga memusnahkan nilai-nilai murni kehidupan.

Sepatutnya, ketika kalah dalam berusaha, kembali kepada asal matlamat dalam perjuangan. Setiap usaha pastinya dimulakan dengan niat untuk menemukan kebaikan. Semangat dan cita-cita itu perlu dipertahankan.

Jujurlah pada diri. Lihat kembali kepada keadaan diri sendiri. Kenal pasti punca kekalahan atau kegagalan. Senaraikan kelemah itu. Kemudian cari kekuatan yang ada untuk kembali bangkit.

Kalau perlu, cari pendekatan baharu untuk meneruskan cabaran. Buatlah ubah suai dan lakukan berulang kali sehingga berjaya. Ada perbezaan besar antara percaya diri dengan ego besar tidak mahu menerima kelemahan diri.  

Kejayaan adalah bersyukur saat berada di atas. Sabar semasa kedudukan di bawah. Dan reda pada takdir kehidupan yang telah tertulis. Perjalanan kehidupan kita ikut aturan syariat. Kepada Allah jua kita harapkan rahmat pada kehidupan kini dan masa depan.

Tidak semua yang mudah itu lebih baik atau terbaik untuk kita. Maka berharap dan berdoalah untuk lebih baik dan terbaik, bukannya mengharapkan yang lebih mudah.

No comments:

Post a Comment