Tok
Bali berpotensi menjadi lokasi hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia
pada masa hadapan menjelang 2025.
Pelabuhan
itu akan menjadi lokasi eksport produk hiliran tempatan berasaskan perikanan
yang menjadi nadi kawasan itu.
Eksport
itu termasuk produk yang dihasilkan agensi kerajaan yang menekankan konsep
halal.
Melalui
Pelabuhan Tok Bali, segala produk halal akan dieksport ke negara luar kerana
berada di laluan laut yang cukup strategik dengan beberapa negara lain.
Pelabuhan
ini akan menjadi pusat perdagangan yang terkemuka suatu hari nanti. Kilang air
batu terbesar bernilai RM9juta kini dalam proses pembinaan di Tok Bali bagi
memudahkan nelayan mendapat bekalan air batu.
Perancangan
untuk bina kilang sardin sedang dalam perbincangan. Kewujudan kilang yang
memproses produk berkaitan ikan di Tok Bali akan melonjakkan Tok Bali sebagai hab
produk halal.
Pengusaha
perikanan laut dalam boleh menjadikan Tok Bali untuk menurunkan hasil tangkapan
masing-masing apabila insfrastruktur yang berkaitan ditingkatkan.
Selain
itu, kerajaan juga akan membina pangkalan
khas untuk perusahaan ikan tuna yang dihasilkan pengusaha
bot laut dalam di perairan antarabangsa bagi tujuan
eksport ke luar negara, selain memenuhi permintaan dalam
negeri.
No comments:
Post a Comment