Thursday, 17 February 2022

BAHAYA SAKIT RADANG SENDI

 
Rheumatoid arthritis adalah keradangan sendi yang disebabkan oleh sistem imun badan yang menyerang tisunya sendiri. Artritis ini menyebabkan kesan bengkak dan sakit sendi, dan sendi terasa kaku. Kesakitan pada bahagian sendi kebiasaannya lebih kerap berlaku di sebelah pagi.

Rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun. Walaupun punca sebenar keadaan autoimun ini tidak diketahui, adalah disyaki bahawa keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh faktor genetik di mana kebiasaannya penghidap mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama.

Namun tidak kurang juga yang mengatakan bahawa ia bukan penyakit keturunan kerana tardapat juga kajian yang menunjukkan bahawa faktor persekitaran atau pendedahan kepada bahan kimia boleh mencetuskan keadaan ini.

Penyakit ini dilihat lebih banyak dihadapi golongan wanita dengan nisbah 3:1. Bahagian sendi-sendi kecil seperti jari-jari tangan dan kaki selalunya terlibat dalam masalah rheumatoid arthritis ini.

Sendi-sendi lain juga boleh terlibat seperti pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut di mana apabila kesakitan ini muncul, bahagian sendi ini boleh menjadi kaku dan sukar untuk bergerak.

Penyakit kronik ini mempunyai corak yang berbeza apabila ia menyerang. Ada masa ia tidak terlalu sakit, ada masa ia sangat sakit.

Komplikasi penyakit rheumatoid arthritis jika tidak dirawat dengan betul boleh membawa kepada kepada beberapa risiko antaranya kerosakan sendi, hilang keupayaan bergerak dan berdikari, masalah paru-paru, saluran darah dan jantung.

Dapatkan nasihat daripada jurupulih anggota untuk mengelakkan kerosakan sendi. Senaman dan rawatan sendi adalah penting untuk melindungi sendi daripada kecederaan.

Khidmat aktiviti rehabilitasi boleh didapati di hospital kerajaan dan rawatan yang diterima perlu dijalani dengan tekun untuk memberi erlindungan pada sendi dengan sewajarnya.

Sila temui doktor agar pesakit boleh mendapatkan rawatan dan nasihat yang sesuai serta dapat menjalani ujian-ujian yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment