Kamus
Dewan Edisi Keempat mendefinisi busana sebagai pakaian yang lengkap dan indah-indah.
Busana
Melayu bukan sahaja lengkap dan indah, bahkan memperlihatkan nilai seni Melayu
yang penuh estetika, iaitu cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan
dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain.
Jadi,
busana Melayu secara langsung menceritakan tentang jati diri dan kekuatan akal
budi pemakainya.
Berbusana
Melayu di kalangan lelaki tidak lengkap tanpa tengkolok atau tanjak di kepala
dan di pinggang pula terselit bilah keris bersama sarungnya.
Tidak
lupa juga memakai kain samping yang dipakai dari paras pinggang hingga lutut
atau lebih labuh sedikit. Di bahagian kaki pula, capal atau cerpu menjadi
pilihan untuk melengkapkan busana.
Segak
sungguh mereka yang berbusana Melayu.
Gambar:
Ahli Persatuan Pencinta Seni Busana Kelantan dengan busana lengkap
No comments:
Post a Comment