Saturday, 5 March 2022

PANJI REJIMEN ANGKATAN TENTERA

 
Perkataan panji-panji bermaksud lambang yang dibawa oleh unit-unit tentera. Pada mulanya lambang-lambang ini hanya dimaksudkan bagi bendera-bendera yang dibawa dengan berjalan kaki terutama oleh infantri, tetapi selepas itu ianya ditujukan kepada lambang-lambang dan lencana-lencana tentera berkuda serta unit-unit berkenderaan.

Perkataan panji-panji atau dalam bahasa Inggeris 'colours' mula digunakan sebagai panggilan kepada warna-warna cerah yang terdapat pada lambang pasukan infantri.

Panji-panji telah digunakan sebagai satu cara pengenalan dan tanda tempat berkumpul semasa peperangan. Panji-panji juga digunakan untuk menandakan Markas Pasukan di dalam peperangan.

Dengan perubahan-perubahan yang telah berlaku di dalam peperangan, panji-panji telah dianggap sebagai satu simbol semangat tradisi pasukan yang membawanya.

Di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), panji-panji dikurniakan kepada sebuah rejimen sebagai penghargaan dan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara.

Perbarisan mengarak Panji-panji menjadi tradisi sebagai tanda menghormati panji-panji. Panji-panji tidak dikibarkan seperti bendera yang dilakukan setiap masa. Sebaliknya panji-panji hanya dikeluarkan untuk perbarisan istiadat sahaja. Kebiasannya, Panji-panji disimpan di tempat khas yang dikawal oleh anggota tentera.

No comments:

Post a Comment