Saturday, 12 March 2022

JADILAH MACAM BOLA PING PONG

 
Dalam kehidupan seharian, kita akan berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang memandang baik terhadap kita dan sering melakukan kebaikan dan menjauhkan perkara buruk.

Ada pula tu, biarpun kita melalukan perkara baik, tetap akan dituduh dengan macam-macam perkara buruk yang kita tidak lakukan. Jika, kita benar-benar ada melakukan perkara tidak baik, yang kecil akan dibesar-besarkan.

Bila berdepan situasi itu, bertabahlah. Ikutlah resam bola pingpong. Biarpun kecil dan nipis kulitnya, ia bergerak laju menuju sasaran. Semakin kuat dipukul semakin laju pergerakannya. 

Kita kena lincah dan pantas. Mata tajam memerhati dan deria keyakinan berada pada tahap tertinggi untuk membalas setiap pukulan lawan.

Semakin kuat orang hina, orang tolak dan dilontar tuduhan buruk, semakin kuat kita berusaha. Itulah cara orang ingin berjaya.

Jangan ikut cara telur. Bila jatuh terus pecah. Peluang untuk melahirkan keuntungan besar terus musnah dan terhenti setakat itu sahaja.

Masa telur dizahirkan ke dunia ini, riuh sekampung ibunya berkokok. Namun, jiwanya mudah rapuh dan mudah pecah.

No comments:

Post a Comment