Wednesday, 16 March 2022

FAZLIYATON AKTIF BANTU ASNAF

 
Aktif bantu asnaf. Pada mulanya Fazliyaton binti Daud sekadar terlibat dalam aktiviti kemasyaraktan membantu golongan asnaf secara ‘sekali bantu’ apabila ada yang dirasakan perlu dibantu.

Perkara itu dilakukan di atas tanggungjawab membantu sekadar yang termampu. Beliau tidak sampai hati untuk membiarkan mereka yang memerlukan bantuan, lalu diusahakan bantuan biarpun sekadar sedikit.

Ibu kepada lima cahaya mata ini mula melibatkan dengan kerja kesukarelawan ini apabila kembali menetap di Kampung Rusa, Jelawat. Bachok, Kelantan, kampung asalnya selepas berada di luar Kelantan dalam tempoh masa agak panjang.

Bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah yang diperoleh sebagai kontraktor, beliau ingin mengkongsi sekadar yang termampu kerana sedar biarpun tidak berstatus jutawan yang mempunyai banyak harta, tetapi ada golongan yang perlu dibantu seadanya.

Bermula dengan memberi bantuan secara individu, Fazliyaton mula menyertai beberapa NGO kemudiannya. Penglibatan di dalam NGO banyak membuka mata Fazliyaton bahawa sebenarnya banyak keluarga dan individu yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup di sekeliling kita.

Beliau kemudian bertemu dengan beberapa rakan sealiran, mencetuskan cadangan untuk menubuhkan persatuan bagi memudahkan aktiviti menyalurkan bantuan secara skala lebih besar dan berorganisasi.

Atas matlamat itulah, Fazliyaton dengan beberapa orang aktivis masyarakat mula mendaftarkan NGO Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) pada Mac 2021 dengan nombor pendaftaran pertubuhan: PPM-006-03-30032021

Menurutnya lagi, pada peringkat awal, sumber untuk mengerakkan aktiviti lebih menggunakan wang ahli jawatankuasa, sehinggalah ada individu dan organisasi lain turut menyalurkan bantuan.

Biarpun tidak banyak sumbangan yang diterima, tetapi keadaannya lebih baik berbanding pada awal penubuhan. Semakin banyak individu yang sudi membantu.

Antara aktiviti dilakukan PCAK ialah menhulurkan bantuan makanan, wang, keperluan dapur, pakaian, peralatan perubatan, keperluan pesakit kronik dan sebagainya.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Fazliyaton sendiri di talian 011-1941-3639

No comments:

Post a Comment