Sungai
Marang merupakan antara sungai utama di Terengganu. Kewujudan Sungai Marang
disedari setiap pengguna jalan raya dari pekan Marang di utara menuju ke
selatan kerana mereka perlu melalui Jambatan Marang yang menghubungkan utara
dan selatan.
Sungai
Marang bermula di Ajil mengalir ke laut China Selatan melalui kampung dan pekan
sepanjang laluannya. Sungai Marang masih terjaga keasliannya yang menjadi
habitat pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan hidupan air
Sungai
Marang menjadi lokasi produk pelancongan dengan aktiviti menyusuri hutan paya
bakau dan nipah yang mampu menarik minat pelancong asing serta tempatan untuk
lebih menghargai khazanah dan kepentingannya dalam ekosistem alam semula jadi.
Langkah memperkenalkan keunikan hutan paya bakau dan nipah serta pendedahan terhadap kepentingannya turut diambil perhatian oleh beberapa agensi pelancongan dengan memasukkan pakej menyusuri sungai dan hutan paya bakau dalam pakej yang mereka sediakan.
Menyurusi Sungai Marang membolehkan pelancong menikmati suasana hutan pokok bakau dan nipah. Terdapat aktiviti penternakan ikan dalam sangkar diusahakan di Sungai Marang.

Pengunjung
juga berpeluang melihat sekumpulan monyet yang sedang mencari makan di pesisir
sungai tersebut. Selain itu, haiwan-haiwan lain seperti kera, memerang, tuntung
serta spesies burung yang jarang-jarang ditemui boleh dilihat di sepanjang
sungai itu.
Anda juga boleh singgah di sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Jenang. Kampung Jenang terkenal dengan aktiviti seperti menangkap ikan, menganyam atap dari daun nipah dan menghasilkan manisan dari air nira.
Sungai Marang juga dipilih oleh Jabatan Perikanan Terengganu untuk melepaskan pelbagai jenis anak ikan seperti kelah, baung, lampam sungai dan terbol, selain benih udang galah.

Program
pelepasan benih ikan ke perairan umum itu adalah sebahagian usaha jabatan untuk
memperkayakan sumber perikanan di Sungai Marang bagi menjana sumber pendapatan
untuk nelayan dan penduduk setempat.
Program
tersebut memberi manfaat langsung kepada nelayan dan saban tahun jumlah
tangkapan ikan sungai diperoleh lapan nelayan darat yang berdaftar dengan
Jabatan Perikanan negeri meningkat.
No comments:
Post a Comment