Sunday, 16 February 2020

SIFAT ITIK SERATI MASKOBI

Itik maskobi (muscovy) juga dikenali dengan beberapa nama seperti itik nila, itu serati, itu surati dan itik manila. Itik serati (nama saintifik Cairina moschata) ialah sejenis itik besar yang berasal dari Benua Amerika. Itik serati adalah satu-satunya baka ternak yang bukan dibiakkan dari baka Mallard.

Realitinya, itik serati bukan merupakan itik sebenar. Dari segi genetik, ia lebih menyerupai angsa berbanding itik. 

Ciri-ciri ketara pada itik serati termasuk mukanya yang licin dan bonggol merah yang mengelilingi mata dan paruh.

Itik serati diternak untuk daging dan telurnya. Namun itik maskobi lebih dikenali sebagai itik pedaging walaupun pembesarannya agak perlahan dan secara umumnya ia mengambil masa selama 10-11 minggu bagi mencapai berat yang sesuai untuk dijual.

Itik serati ini lebih mudah diternak berbanding itik penelur kerana bersifat tahan lasak dan tidak banyak kerenah dari segi pemakanannya. Berat badan itik betina hanya mencapai 2 - 3 kg, sementara itik jantannya boleh mencapai 6-7 kg.

Itik betina bertelur dan mengeram. Oleh itu, jika memulakan penternakan dengan 50 ekor anak itik. Dalam masa 6-7- bulan berikutnya akan mendapat pertambahan anak-anak itik yang dieramkan sendiri oleh itik betina dewasa. Oleh itu perlu disediakan tempat bertelur (kotak kayu/plastik) yang sesuai dalam reban/kawasan itik

Itik betina akan bertelur sebanyak 10-15 biji sebelum mula mengeram. Anak itik akan mula menetas selepas 28-30 hari dieram. 

Sekali lihat nampak macam jinak saja. Tetapi sukar mengikut arahan kita (degil). Sebaiknya itik ini dikurung dalam kawasan berpagar dan tidak dibenarkan lepas bebas macam itik penelur khaki campbell. Ini kerana itik ini boleh terbang macam burung biarpun rendah, terutama sekali itik betinanya.

No comments:

Post a Comment