Terdapat
kes bapa rogol anak sendiri, ayah cabul anak gadis. Ini dikatakan
peribahasa haruan makan anak. Bapa yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan
dan kejahilan anak sendiri. Apa yang berlaku adalah keterbalikan
tabie.
Bapa
sepatutnya sanggup bermatian untuk mempertahankan maruah anak, tetapi berlaku
sebaliknya. Papa hebat menjadi hero kepada anak-anak mereka.
Bapa
sedemikian tidak layak dipanggil bapa, ayah, papa, abah, abi atau gelaran lain
yang mulia. Kalaupun hendak dipanggil bapa juga, elok ditambah dengan perkataan
syaitan iaitu bapa syaitan. Bapa yang nafsu iblis. Ayah bernafsu buas
melepaskan kepada anak sendiri.
Selain bapa, anak gadis juga terdedah kepada gangguan seksual dari ahli
keluarga lelaki lain seperti adik atau abang lelaki, datuk, bapa saudara, abang
ipar, adik ipar lelaki, bapa tiri, kekasih ibu dan teman lelaki kepada ahli
keluarga.
Sejak
kebelakangan ini, banyak kes penderaan fizikal dan penderaan seksual dilakukan
oleh teman lelaki kepada ibu. Kes ini berlaku apabila berlaku kes perceraian
atau perbalahan dalam keluarga. Ibu mendapat kekasih atau teman lelaki lain
yang bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap anaknya.
Kes sama dilakukan oleh bapa tiri yang mengambil kesempatan atas hubungan
dengan anak tiri perempuan yang tingggal bersama. Tambahan pula, anak tiri itu
telah masuk usia remaja dan beperlakuan ghairah.
Banyak kes ibu yang telah berusia berkahwin dengan pasangan lebih muda yang
umurnya sebaya atau tua sedikit dengan anak perempuannya.
Biarpun
hubungan bapa tiri dengan anak perempuan tiri termasuk dalam mahram atau
kedua-duanya haram berkahwin sampai bila-bila setelah wujud atau berlaku
hubungan seks antara bapa tiri dengan ibunya, mereka perlu menjaga batasan
hubungan.
Anak tiri perempuan perlu menjaga batasan aurat agar tidak terdedah atau
perbuatan yang boleh mengundang ghairah bapa tiri.
Sebab
itu amat penting anak gadis diajar tentang perbuatan yang boleh dan tidak boleh
orang lain lakukan terhadap diri mereka. Mereka kena tahu tentang hubungan seks
yang dibenarkan dan diharamkan.
No comments:
Post a Comment