Sebuah
enjin kapal persiaran besar yang meredah lautan luas tiba-tiba rosak. Keadaan
itu mencemaskan penumpang golongan mewah yang membayar kos mahal untuk
menyertai pelayaran mewah itu.
Agak bernasib baik kerana termasukan dalam penumpang kapal tersebut ialah seorang jurutera kapal berpengalaman.
Dia dibawa ke bahagian enjin di bahagian perut kapal. Dia memeriksa enjin tersebut dengan sangat teliti, dari atas ke bawah. Setelah melihat semuanya, jurutera itu selongkar begnya dan mengeluarkan tukul kecil.
Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup kembali. Enjin telah diperbaiki sepenuhnya dan dapat berfungsi seperti biasa.
Selepas selamat berlabuh di perlabuhan dan penumpang mendarat selamat, jurutera itu telah menghantar tuntutan kos jumlah harga pembaikan kapal gergasi tersebut ialah RM10,000 kepada pemilik kapal
"Apa?!" kata pemiliknya.
"Anda
hampir tidak melakukan apa-apa. Berikan bil terperinci kepada kami."
Pengajaran cerita:
-
Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang.
-
Tidak sepatutnya ada perkataan mempertikaikan seperti kata-kata "senang
je", "cuma itu je ", seharusnya diketepikan.
-
Kenapa? Kerana mungkin pengalaman itu adalah terhasil daripada perjuangan,
eksperimen dan juga air mata.
-
Kepakaran dan pengalaman, itu mahal.
Renungkan kata-kata ini: Sekiranya saya dapat menyelesaikan pekerjaan dalam 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 10 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam 30 minit. Anda membayar saya selama 10 tahun itu, bukan 30 minit.
Gambar hanya hiasan
No comments:
Post a Comment