Thursday 23 January 2020

BAHAYA TERNAKAN BEBAS MERAYAU


Satu punca kemalangan jalan raya ialah melanggar haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan raya. Kemunculan tiba-tiba haiwan ternakan di tengah jalan raya menyebabkan pemandu tidak dapat mengelak dan terus merempuhnya.

Keadaan menjadi bertambah bahaya jika memandu pada waktu malam di kawasan gelap. Penglihatan pemandu agak terhad dan kemunculan haiwan ternakan itu pula secara tiba-tiba.

Pemandu dinasihat lebih berhati-hati dan memandu dalam kelajuan yang sempat memberek jika ada haiwan ternak di hadapan.

Sebenarnya haiwan ternakan bukan sahaja merayau-rayau di atas jalan raya, tetapi juga ada yang menjadikan sebagai tempat tidur.

Haiwan ternakan, terutamakan lembu akan berada di jalan raya kerana wap panas jalan raya. Mereka akan keluar dari kawasan semak atau ladang kelapa sawit yang menjadi lokasi meragut pada waktu siang hari.

Kepada penternak, mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mengelak haiwan ternakan mereka berada di jalan raya tidak kira waktu siang atau malam.

Haiwan ternakan itu sepatutnya ditambat atau dikurung di dalam kawasan berpagar. Jangan hanya fikirkan untuk memudahkan urusan pemeliharaan sedangkan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Setiap kes kemalangan melibatkan haiwan ternakan bukan sahaja menyebabkan haiwan itu mati, bahkan menyebabkan korban kepada pemandu dan penumpang selain kerosakan kenderaan.

Ingatlah, perbuatan melepaskan haiwan ternakan merayau bebas sehingga membahayakan pihak lain adalah haram. Hasil pendapatan itu juga adalah haram.

Pihak berkuasa tempatan perlu menguatkuasakan larangan membiarkan haiwan ternakan merayau. 

No comments:

Post a Comment