Ada
beberapa cadangan berkaitan garis panduan yang perlu semua pihak mesti
bersetuju untuk pengurusan konflik secar kreatif dari satu proses kepada perose
lain. Jika tidak diikuti, proses ini akan musnah yang mana ada pihak yang
berusaha untuk menang dan satu pihak lagi akan mengalami kalah.
Garis
panduan itu ialah:
-
Bersetuju bahawa masa itu adalah yang terbaik untuk menyelesaikan konflik. Masa
perdana itu memberi tenaga dan movitasi tambahan yang positif. Masa selanjutnya
dianggap tidak sesuai apabila dalam keadaan letih dan hampir kepada tamat
tempoh.
-
Berkongsi matlamat yang sama dengan semua yang terlibat. Cara itu mengelak
konflik berterusan apabila wujud perasaan, aku menang, engkau kalah.
-
Nilai semula peraturan untuk mengekalkan kesetiaan dan menghormati antara satu
sama lain. Perhatian jika ada kumpulan yang berhasrat untuk membuat apa-apa
tambahan. Kumpulan, dangan kemudahan yang ada, adalah bertanggungjawab untuk
memastikan perbincangan difokoskan kepada isu khusus, tidak kepada individu
tertentu.
-
Fokos kepada perkara sekarang. Elak daripada membincangkan perkara yang telah
lepas.
-
Bersetuju dengan sumber maklumat yang akan digunakan.
-
Sediakan ‘muka selamat’. Jangan alihkan
kepada individu lain. Benarkan ‘masa tamat’ jika keadaan terlalu emosinal.
Kemudian tetapkan masa untuk dimulakan semula. Kadang kala kita terpaksa
bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui.
Pada masa lain, cuba satu tempoh untuk melihat bagaimana sesuatu tugasan
akan berguna.
Setelah
semua pihak bersetuju dengan garis panduan bagaimana untuk menyelesaikan
konflik, beberapa cadangan untuk dibincangkan, kemudian pertimbangkan hubungan
kedua-dua pihak dan isu yang dipertaruhkan untuk dibincangkan.
Keputusan
berkaitan konflik kerap kali memerlukan bantuan pihak ketiga sebagai
pengantara. Dari masa ke semasa, setiap kita akan mencari peluang untuk
bertugas sebagai pengantara untuk membantu pihak lain untuk menyelesaikan
perbezaan.
Untuk
membantu, pengantara mesti kekal adil. Pengantara akan mencadangkan sesuatu
pendekatan yang berlainan untuk menyelesaikan konflik. Memastikan sikap terbuka
dan perbincangan yang seimbang, menekankan kepada peraturan dan mengelak
daripada terlibat serangan terhadap individu.
Jarak
masa di atara pengendalian konflik dengan keputusan konflik amat penting. Kita dapat mengendalikan konflik dengan
menarik diri, menyerang atau memberi kuasa kepada individu lain, atau melakukan
kerja dengan kompromi, tetapi strategi ini tidak akan menyelesaikan
konflik.
Setiap
strategi membawa nilai tertentu kepada hubungan. Begitu juga memandangkan konflik hanya dikendalikan,
tidak diselesaikan, konflik kembali timbul.
Untuk
konflik diselesaikan, dua keadaan mesti dicapai:
-
Hubungan kerjasama mesti baik di antara pihak yang berdepan konflik, dengan
mengambil kira keperluan setiap puak.
-
Keputusan yang diambil hendaklah diterima oleh kedua-dua pihak.
No comments:
Post a Comment