Wednesday 29 July 2020

RUTHOB KURMA SEGAR KAYA KHASIAT

Kurma ruthob sering disebut juga kurma segar atau kurma basah. Ruthob bermaksud basah. Sesuai dengan namanya, kurma ruthob dipasarkan dalam keadaan segar dan belum dikeringkan. Kurma ruthob jarang ditemui di pasaran, kecuali melalui pengedar atau penjual yang memberi tumpuan kepada kurma ruthob.

Keistimewaan kurma ruthob mempunyai rasa yang segar dan lazat. Memakan kurma ruthob seperti baru memetiknya dari ladang. Memang beza jauh rasa keenakan menikmati kurma ruthob. Jadi, bagi penggemarnya sanggup membayar harga lebih mahal berbanding kurma lain di pasaran.

Menikmati kurma ruthob di Malaysia sama seperti merasinya di ladang kurma di tempat asalnya. Tidak perlu pergi ke ladang untuk menikmati kurma ruthob, sebaliknya ada boleh mendapatkannya dari pengedar kurma ruthob.   

Kurma ruthob tidak tahan lama pada sifat asalnya. Sebab itu kurma ruthob perlu disimpan di dalam suhu sejuk di bawah 20 darjah celcius bagi mengekalkan keaslian dan kesegarannya.

Kandungan kurma ruthob kaya dengan berbagai jenis vitamin (A, B, C dan K), zat besi dan kalsium. Kandungan gula dalam ruthob kurang berbanding kurma kering. Manisnya adalah semulajadi dan menyegarkan.

Ruthob menjadi pilihan ketika Rasulullah SAW berbuka puasa. Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah biasa berbuka puasa dengan ruthob (kurma basah) dan jika tiada ruthob, baginda berbuka dengan tamar (kurma kering) dan jika tiada tamar, baginda meminum seteguk air.

No comments:

Post a Comment