Kawasan hutan paya gelam di Durian Mentagau, Dungun seluas 500 ekar secara berperingkat sedang dibangunkan sebagai sawah
padi dengan menggunakan kaedah penanaman padi organik sepenuhnya kerjasama
antara Kerajaan Negeri Terengganu, Syarikat Qudsi Global dan Koperasi Paka
Terengganu Berhad.
Percubaan musim pertama sebagai plot
percubaan seluas 8 ekar berjaya menghasilkan sekitar 2 tan padi organik seekar.
Prestasi yang sangat baik untuk tanah sawah yang baru dibuka kerana proses
merawat kesuburan tanah memerlukan sedikit masa.
Dengan penambahan keluasan kawasan penanaman
padi ini dapat meningkatkan pengeluaran padi negara dan boleh mengurangkan
kebergantungan bekalan padi dari luar negara. Penghasilan padi merupakan satu keperluan
penting yang dianggap sebagai satu aspek keselamatan negera.
Selain mengubah status kawasan menjadi bendang
padi, kawasan sawah padi sedia ada yang terbiar perlu dipulihkan menjadi
kawasan produktif menghasilkan padi dan hasil pertanian lain, termasuk
penternakan.
Jangan sia-siakan kawasan luas yang
terdapat di negara kita dibiarkan tanpa diusahakan untuk menghasilkan sesuatu
yang memberi manfaat kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment