Wednesday 24 July 2024

POS PASIK GUA MUSANG

 
Pos Pasik adalah salah sebuah petempatan Orang Asli suku Temiar di Gua Musang. Perjalanan ke kampung berkenaan mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat jam bergantung kepada faktor cuaca serta keadaan jalan balak yang hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) sahaja.

Penduduk di Pos Pasik berjumlah kira-kira 1,000 orang, menjadikan hutan sebagai tempat mencari rezeki, selain mengusahakan aktiviti pertanian. Sebab itu, mereka amat mempertahankan kelestarian hutan dan membantah sekiranya ada usaha-usaha merosakan hutan dan ekosistemnya.

Selain hutan, sungai juga merupakan tempat sumber rezeki penduduk Orang Asli di Pos Pasik. Sungai Kenong dan Sungai Jenera menjadi nadi kehidupan masyarakat penduduk untuk mendapatkan ikan sebagai sumber makanan, selain mendapatkan sumber air untuk keperluan harian.

Di Pos Pasik terdapat sebuah sekolah untuk kemudahan pembelajaran kanak-kanak di situ. Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Seri Permai yang terletak tidak jauh dari tebing Sungai Jenera yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa bermula sempadan Kelantan Perak.

Pos Pasik terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar Gua Musang dan kira-kira 214 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Perjalanan dari Gua Musang ke Pos Pasik melalui jalan bertar sejauh 46 km manakala jalan tanah merah/jalan balak sejauh 34 km. Perjalanan masuk ke melalui jalan tanah merah hanyalah dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda (4x4) atau motosikal sahaja yang memakan masa selama 2 hingga 4 jam bergantung kepada keadaan cuaca.






No comments:

Post a Comment