Thursday 7 March 2024

CARA DAPAT UNTUNG LEBIH AIR BALANG

 
Kalau saya peniaga air balang, saya buat air tersangat kurang manis. Gula, krimer pekat mahal. Jimat selagi boleh. Untung lebih.
 
Itu apa yang ditulis seorang pemilik akaun di Muka Buku. Sebenarnya dia bukan peniaga air balang. Sebab itu pada awal ayat tersebut ditulis “kalau saya peniaga air balang”.
 
Perkataan “kalau” didinisikan sebagai seandainya, sekiranya atau misalnya. Maksudnya ia bukan perkara yang betul-betul pada ketika itu.
 
Pemilik akaun tersebut dipercayai menulis sedemikan sebagai satu peringatan tentang bahaya manis. Air balang rata-ratanya manis. Sedangkan manis boleh membawa kepada penyakit kencing manis dan masalah berat berlebihan.
 
Elok kurangkan manis dalam minuman dan makanan. Banyak manis dalam senyuman.
 
Banyak orang berniaga air balang kerana:
- Kos rendah dan keuntungan lumayan
- Mudah untuk dilaksanakan
- Bisnes air balang ini tidak bermusim
- Tidak perlu sewa kedai, hanya perlu kanopi,meja dan balang air
- Tidak perlu kepakaran yang tinggi.