Friday 21 August 2020

BEKAS GEREJA MENJADI MASJID


Sebuah lagi gereja lama Ortodok yang kemudiannya menjadi muzium popular di Istanbul, diarahkan oleh kerajaan Turki diubah semula menjadi masjid bagi kegunaan umat Islam beribadat di negara itu.

Keputusan mengubah Muzium Kariye kepada masjid dibuat hanya sebulan selepas kontroversi sama membabitkan transformasi Hagia Sophia, juga sebuah bekas gereja, menjadi masjid.

Pertukaran status muzium yang diiktiraf oleh Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu mengundang kecaman Barat, terutama Greece.

Sejarah bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia yang terletak di tebing barat bersejarah muara Golden Horn di wilayah Istanbul yang bersebelahan dengan Eropah.

Gereja The Holy Saviour di itu adalah sebuah gereja zaman Byzantine abad pertengahan yang dihiasi dengan lukisan dinding abad ke-14 berunsur sejarah Kristian yang amat dihargai di serata dunia.

Ia kemudian ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan Constantinople oleh Empayar Uthmaniyyah Turki pada 1453.

Ia kemudian bertukar menjadi Muzium Kariye selepas Perang Dunia II, selaras dengan usaha Turki menjadi lebih sekular dengan menyisihkan saki baki pengaruh Empayar Uthmaniyyah.

No comments:

Post a Comment