Tuesday 6 February 2018

CARA BUAT JERUK CELAGI RINGKAS TETAPI SEDAP

Buah celagi atau buah asam jawa rasa masam ketika masih muda. Cara terbaik untuk makan buah celagi muda ialah dengan membuat jeruk.

Untuk membuat jeruk celagi sama juga dengan cara membuat jeruk buahan lain seperti jeruk pauh, jeruk kelubi dan sebagainya.

Kulit buah celagi perlu dikikis dulu sebelum dijeruk. Kulit dikikis bagi membolehkan air jeruk meresap di dalam buah. Kulit celagi biarpun nipis tetapi 'keras' dan tidak sedap dimakan.

Jadi, jangan malas hendak kikis kulit celagi sebelum dijeruk. Untuk lebih mudah dimakan selepas dijeruk, dicadangkan buang terus biji di dalamnya.

Setelah dikikis kulit celagi (lebih elok turut dibuang bijinya) basuh dan dimasukkan ke dalam bekas. Bubuh air gula. Guna gula kasar pun boleh. Gula itu akan cair dengan sendiri. Air gula itu yang bercampur dengan air buah akan menjadi kuah.

Boleh juga masukkan gula melaka dan cili untuk menambah rasa. Tutup bekas dan simpan untuk beberapa hari. Boleh disimpan pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment