Thursday, 8 February 2018

KUASA PENARIKAN DARJAH KEBESARAN


Di negara kita Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri diberi keistimewaan menganugerahkan pingat dan darjah kebesaran kepada individu yang layak.

Begitu juga, dalam soal penarikan pingat dan darjah kebesaran. Hal itu tidak dilakukan sesuka hati. Sebaliknya ia termaktub dalam Undang-undag tubuh negeri.  

Contohnya, kuasa penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan Sultan Kelantan dibuat dengan berasaskan kepada Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi:

“Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat-pingat Kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini, jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu”.

Oleh itu, tidak wajar mana-mana individu atau pihak mempertikaikan penarikan balik darjah yang dikurniakan kepada individu.

No comments:

Post a Comment