Perlukah tulis "al-Fatihan (dibaca)"? Di
media sosial banyak kita temui perkataan “al-Fatihah (dibaca)” sebagai ucapan
jika ada perkhabaran kematian ahli keluarga, sahabat dan individu tertentu.
Selain itu, ada juga akan mengirimkan gambar yang ada tulisan surah al-Fatihah.
Apa
maksud “al-Fatihah (dibaca)”? Hendak maklum si pengirim telah membaca surah
al-Fatihan atau menyuruh orang lain juga membacanya?
Rasanya
maksud yang lebih tepat ialah untuk memberitahu yang dia telah membaca surah
al-Fatihah itu. Persoalannya, perlukah kita memberi tahu orang lain bahawa kita
telah membaca surah al-Fatihah itu?
Itu
belum lagi ditanya adakah dia telah benar-benar membaca sepenuhnya surah
al-Fatihah itu? Adakah sekadar menulis “al-Fatihah (dibaca)”?.
Kalau
pun kita membacanya, tidak perlulah kita memberitahu orang lain yang kita telah
membacanya.
No comments:
Post a Comment