Friday 2 April 2021

BAPA DURJANA ROSAKKAN MARUAH ANAK

Terdapat kes bapa rogol anak sendiri, ayah cabul anak gadis. Ini dikatakan peribahasa haruan makan anak. Bapa yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan kejahilan anak sendiri. Apa yang berlaku adalah keterbalikan tabie.  

Bapa sepatutnya sanggup bermatian untuk mempertahankan maruah anak, tetapi berlaku sebaliknya. Papa hebat menjadi hero kepada anak-anak mereka.

Bapa sedemikian tidak layak dipanggil bapa, ayah, papa, abah, abi atau gelaran lain yang mulia. Kalaupun hendak dipanggil bapa juga, elok ditambah dengan perkataan syaitan iaitu bapa syaitan. Bapa yang nafsu iblis. Ayah bernafsu buas melepaskan kepada anak sendiri. 

Selain bapa, anak gadis juga terdedah kepada gangguan seksual dari ahli keluarga lelaki lain seperti adik atau abang lelaki, datuk, bapa saudara, abang ipar, adik ipar lelaki, bapa tiri, kekasih ibu dan teman lelaki kepada ahli keluarga.  

Sejak kebelakangan ini, banyak kes penderaan fizikal dan penderaan seksual dilakukan oleh teman lelaki kepada ibu. Kes ini berlaku apabila berlaku kes perceraian atau perbalahan dalam keluarga. Ibu mendapat kekasih atau teman lelaki lain yang bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap anaknya. 

Kes sama dilakukan oleh bapa tiri yang mengambil kesempatan atas hubungan dengan anak tiri perempuan yang tingggal bersama. Tambahan pula, anak tiri itu telah masuk usia remaja dan beperlakuan ghairah.  

Banyak kes ibu yang telah berusia berkahwin dengan pasangan lebih muda yang umurnya sebaya atau tua sedikit dengan anak perempuannya.  

Biarpun hubungan bapa tiri dengan anak perempuan tiri termasuk dalam mahram atau kedua-duanya haram berkahwin sampai bila-bila setelah wujud atau berlaku hubungan seks antara bapa tiri dengan ibunya, mereka perlu menjaga batasan hubungan. 

Anak tiri perempuan perlu menjaga batasan aurat agar tidak terdedah atau perbuatan yang boleh mengundang ghairah bapa tiri.

Sebab itu amat penting anak gadis diajar tentang perbuatan yang boleh dan tidak boleh orang lain lakukan terhadap diri mereka. Mereka kena tahu tentang hubungan seks yang dibenarkan dan diharamkan.  

No comments:

Post a Comment